Malaysia berpegang pada semangat ketelusan, bertanggungjawab dan penglibatan orang awam seiring dengan definisi Kerajaan Terbuka. The Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) mendefinisikan Kerajaan Terbuka sebagai keterbukaan  terhadap proses di kerajaan, prosiding, dokumen dan data kerajaan bagi pengawasan dan penglibatan orang awam.

Walaupun Akta Kebebasan Maklumat (FOI) belum ditubuhkan di peringkat persekutuan di negara ini, kebebasan maklumat telah diamalkan melalui program data terbuka kerajaan seperti berikut:
a.    Sesiapa sahaja boleh mengakses, menggunakan dan berkongsi
b.    Sesiapa sahaja boleh mengakses, menggunakan dan berkongsi tanpa sebarang caj
c.    Sesiapa sahaja boleh memohon set data yang baharu
d.    Setiap dataset telah dilesenkan bagi membolehkan orang awam menggunakan data berdasarkan kepada keperluannya termasuk mengubah, menggabungkan dan berkongsi dengan orang lain, malah secara komersial.
e.    Memastikan maklumat yang terkandung di dalam dokumen adalah tepat, lengkap, terkini dan tidak mengelirukan.