Berita / Hebahan / Aktiviti / Program Hackathon Data Terbuka 2017

Berita / Hebahan / Aktiviti

Program Hackathon Data Terbuka 2017

17-Aug-2017

MAMPU dengan bangganya mengumumkan penganjuran hackathon buat kali ketiga iaitu 48 jam Hackathon Data Terbuka 2017. Sebanyak tiga kategori akan dibuka untuk mencipta aplikasi dan solusi berdasarkan penyataan masalah yang akan diumumkan sebelum hari hackathon bermula. Program ini akan berlangsung di Malaysia Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC), Cyberjaya pada 11 - 13 September 2017. Pemenang dari setiap kategori akan menerima:

Kategori Hadiah (RM)
Pertama Kedua Ketiga Keempat Kelima
 1. Penjawat Awam   10,000       7,500    5,000

2,500

     1,500

 2. Industri dan Universiti 

10,000 7,500 5,000 2,500 1,500

 3. Pelajar Sekolah Menengah

3,000 2,000 1,000 800 700

 

Hadiah akan disampaikan di Persidangan Public Sector CIO CONVEX 2017 pada 5 - 6 Oktober 2017.
Pendaftaran telah dibuka dan akan tutup pada 4 September 2017 . Sila layari pautan di bawah untuk menyertai hackathon :

Kategori Penjawat Awam 

Kategori Industri dan Universiti

Kategori Pelajar Sekolah Menengah