Berita / Hebahan / Aktiviti

MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN DATA TERBUKA BIL. 1/2019

31-May-2019
30 Mei 2019 (Khamis) - Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Data Terbuka Bil. 1/2019 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Seri Gemilang, Aras 6, Blok B2, MAMPU Putrajaya.  Mesyuarat ini telah dihadiri oleh seramai 52 orang pegawai terdiri daripada Ketua Pegawai Maklumat, Pengurus ICT dan wakil-wakil dari Kementerian dan Pejabat Ketua Setiausaha Kerajaan (PSUK) Negeri. Tujuan mesyuarat adalah bagi membentangkan Laporan Pencapaian KPI Data Terbuka 2019 bagi Kementerian dan PSUK untuk suku tahun pertama sehingga 30 April 2019.

Pemenang Hackathon Data Terbuka 2017

10-Oct-2017
Pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah Hackathon Data Terbuka 2017 telah diadakan semasa program Public Sector CIOConvex 2017 bertarikh 5 Oktober 2017 di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Zainal Rahim bin Seman. Pemenang pertama kategori 1 (sektor Awam) dan kategori 2 (Industri dan Universiti) telah memenangi wang tunai berjumlah RM10,000.00 dan sijil penyertaan latihan profesional utk data sains dan analitis data selama 3 bulan di Institut Informatik Visual (IVI), Universiti Kebangsaan Malaysia. Untuk kategori 3 (Pelajar Sekolah Menengah), pemenang pertama telah memenangi wang tunai berjumlah RM3,000.00 berserta Ipad. Berikut senarai pemenang bagi setiap kategori beserta tajuk produk data: Kategori 1: Sektor Awam Tajuk Produk Data 1. Pharmacoders Health Traveller Malaysia 2. Pegis Love and Care 3. Roshack Safer 2 School 4. Iman e-Musafir 5. Marinehack eFerryLive Kategori 2: Industri dan Universiti Tajuk Produk Data 1. TvA CiTA-City Transit Apps 2. Kuda Api Smart Fire Fighting 3.RT 33 WeCare 4. Data Negara SmartChange 5. The Rox The Whiz Kategori 3: Pelajar Sekolah Menengah Tajuk Produk Data 1. Carbonara Carbonara Navigator App 2. Panda Face Recognition 3. Olio Blastoise Smarter City 4. Pro2o PaperPlanes 5. Verner Coders Sistem Statistik Jenayah Dadah di Malaysia   Gambar Majlis Perasmian CIO CONVEX 5 Oktober 2017

Program Hackathon Data Terbuka 2017

17-Aug-2017
MAMPU dengan bangganya mengumumkan penganjuran hackathon buat kali ketiga iaitu 48 jam Hackathon Data Terbuka 2017. Sebanyak tiga kategori akan dibuka untuk mencipta aplikasi dan solusi berdasarkan penyataan masalah yang akan diumumkan sebelum hari hackathon bermula. Program ini akan berlangsung di Malaysia Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC), Cyberjaya pada 11 - 13 September 2017. Pemenang dari setiap kategori akan menerima: Kategori Hadiah (RM) Pertama Kedua Ketiga Keempat Kelima  1. Penjawat Awam   10,000       7,500    5,000 2,500      1,500  2. Industri dan Universiti  10,000 7,500 5,000 2,500 1,500  3. Pelajar Sekolah Menengah 3,000 2,000 1,000 800 700   Hadiah akan disampaikan di Persidangan Public Sector CIO CONVEX 2017 pada 5 - 6 Oktober 2017. Pendaftaran telah dibuka dan akan tutup pada 4 September 2017 . Sila layari pautan di bawah untuk menyertai hackathon : Kategori Penjawat Awam  Kategori Industri dan Universiti Kategori Pelajar Sekolah Menengah  

TEMUBUAL BERSAMA PENGARAH BAHAGIAN KERAJAAN DIGITAL, MAMPU DI NASIONAL FM

17-May-2017
Sukacita dimaklumkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan menganjurkan Hari Data Terbuka 2017 pada 25 Mei ini. Sehubungan dengan itu, bagi tujuan mempromosikan majlis tersebut, satu sesi temubual bersama YBrs. Dr. Yusminar Yunus, Pengarah Bahagian Kerajaan Digital, MAMPU akan diadakan pada ketetapan seperti berikut: Tarikh           : 19 Mei 2017 (Jumaat) Masa            : 10.30 pagi Saluran        : Nasional.fm Frekuensi     : 88.5 (Lembah Klang) Tajuk             : Hari Data Terbuka 2017            YBhg. Dato’ Dr./ YBhg Dato’/YBrs. Dr./ Tuan/ Puan adalah dijemput untuk mendengar temu bual dan memanjangkan hebahan ini kepada pegawai dan kakitangan di agensi / kementerian / jabatan untuk makluman bersama. Ia juga boleh didengar secara langsung dengan melayari http://myklik.rtm.my/radio atau di saluran ASTRO 869 atau melalui aplikasi RTM Mobile.

OPEN DATA FOR MALAYSIA oleh Dr. David Tarrant

17-May-2017
Program latihan di bawah projek STRENGHTENING THE STRATEGY AND IMPLEMENTATION OF OPEN DATA THROUGH COLLABORATION WITH OPEN DATA INSTITUTE (ODI) Peserta latihan terdiri daripada 19 Kementerian, 2 Kerajaan Negeri dan 1 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri seperti berikut : Kementerian Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Tinggi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Kementerian Wilayah Persekutuan Kementerian Kesihatan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Kementerian Pertahanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Kementerian Perusahaan Peladangan Dan Komoditi Kementerian Kerja Raya Kementerian Kewangan Malaysia Kementerian Sumber Manusia Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kementerian Belia dan Sukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan   Kerajaan Negeri Kelantan Kerajaan Negeri Sembilan   Jabatan Perangkaan Malaysia Rekod kehadiran latihan adalah 81% berbading 36 peserta yang telah dicalonkan.

Mesyuarat Open Data bersama World Bank Group (WBG)

05-Apr-2017
Satu mesyuarat telah diadakan di Sasana Kijang, Kuala Lumpur pada  03 April 2017. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh pegawai darai Bahagian Kerajaan Digital (BKD) MAMPU dan pihak World Bank Group (WBG). Tujuan Mesyuarat tersebut adalah untuk membincangkan mengenai penilaian kesediaan data terbuka dan langkah seterusnya untuk Malaysia dalam memperluaskan inisiatif tersebut. Agenda Mesyuarat tersebut adalah seperti berikut: Perbincangan mengenai laporan Penilaian Kesedian Data Terbuka (ODRA) dan pelancaran laporan Perbincangan inisiatif untuk mewujudkan buku laporan Malaysia Economic Monitor: MAMPU Contributions Bertukar pengetahuan dengan negara Kambodia mengenai strategi ICT dalam saluran perkhidmatan Perbincangan untuk mendokumenkan pengalaman Malaysia dalam mengendalikan projek-projek yang berkaitan ICT dalam saluran perkhidmatan

Modul Pembelajaran Data Terbuka

27-Dec-2016
        Pada 27 Disember 2016, modul pembelajaran data terbuka sudah dapat diakses di portal data terbuka data.gov.my untuk umum hasil kolaboratif MAMPU dan The Institute Open Data (ODI). Matlamat modul tersebut adalah untuk memberi pengenalan mengenai data terbuka  dan kepentingannya kepada umum. Untuk mencapai matlamat tersebut, beberapa topik telah diketengahkan di dalam modul tersebut antaranya: Apa itu data terbuka Apa itu data Ciri-ciri data terbuka Keperluan data terbuka pada Malaysia Di dalam modul juga disediakan kajian kes dan artikel mengenai data terbuka di setiap pelusuk dunia.    Untuk akses ke modul tersebut, sila klik pada link dibawah Modul Pembelajaran: klik di sini

Pengikitirafan & Penghargaan kepada Penyumbang Data semasa CONVEX 2016

27-Dec-2016
Pengiktirafan Data Terbuka Sektor Awam Lima (5) kementerian/agensi telah menerima Pengiktirafan Data Terbuka Sektor Awam 2016 iaitu: Jabatan Perangkaan Malaysia Kementeran Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Kementerian Perusahaan Peladangan dan Komoditi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Kementerian Sumber Manusia Kementerian/agensi ini selaku penyumbang data terbuka telah menerima sijil penghargaan daripada MAMPU di Persidangan Public Sector Chief Information Officer (CIO CONVEX) 2016 pada 23 Nov 2016 di Hotel Sama-sama KLIA Sepang, Selangor atas komitmen yang tinggi dalam menyumbang data dengan format yang boleh dibaca oleh mesin (machine readable).  Walaupun ganjarannya tidak seberapa, MAMPU mengiktiraf sumbangan kementerian/agensi.  Program apresiasi ini akan diberikan pada tahun hadapan dan berterusan.

PRODUK PROGRAM 48 JAM HACKATHON 2016

20-Dec-2016
Produk program 48 Jam Hackathon Data Terbuka Sektor Awam 2016 yang telah berlangsung pada 25 hingga 27 Oktober 2016 telah diterbitkan di dalam Portal Data Terbuka Sektor Awam.  Produk ini boleh dicapai di Galeri Aplikasi.

SESI PENYAMPAIAN HADIAH HACKATHON 2016 DI FORUM PUBLIC SECTOR CHIEF INFORMATION OFFICER CONVENTION AND EXHIBITION (CIO CONVEX) 2016

22-Nov-2016
MAMPU telah berjaya menganjurkan sesi penyampaian hadiah hackathon 2016 di Forum Public Sector Chief Information Officer Convention and Exhibition (CIO CONVEX) 2016 pada 22 November 2016 bertempat di Hotel Sama-Sama, KLIA, Sepang, Selangor. Pertandingan Program Hackathon Data Terbuka Sektor Awam telah berlangsung secara berterusan selama 48 jam bermula dari 25 sehingga 27 Oktober 2016 di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Cyberjaya Selangor.  Program ini dilaksanakan bersama-sama dengan rakan strategik iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), GITN Sdn. Berhad (GSB) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).  Hadiah Program Hackathon ini dibahagikan kepada 3 kategori seperti di bawah: Kategori 1 (Sektor Awam/Industri): Pemenang pertama:           RM10,000.00 berserta sijil penghargaan Pemenang kedua:              RM7,500.00 berserta sijil penghargaan Pemenang ketiga:              RM5,000.00 berserta sijil penghargaan Pemenang keempat:          RM2,500.00 berserta sijil penghargaan Pemenang kelima:             RM1,500 berserta sijil penghargaan Saguhati (tempat keenam – sepuluh):   RM500 berserta sijil penghargaan   Kategori 2 (Universiti Awam): Pemenang pertama:           RM10,000.00 berserta sijil penghargaan Pemenang kedua:              RM7,500.00 berserta sijil penghargaan Pemenang ketiga:              RM5,000.00 berserta sijil penghargaan Pemenang keempat:          RM2,500.00 berserta sijil penghargaan Pemenang kelima:             RM1,500 berserta sijil penghargaan Saguhati (tempat keenam – sepuluh):   RM500 berserta sijil penghargaan   Kategori 3 (Pelajar Sekolah Menengah): Pemenang pertama:           RM3,000.00 berserta sijil penghargaan Pemenang kedua:              RM2,000.00 berserta sijil penghargaan Pemenang ketiga:              RM1,000.00 berserta sijil penghargaan Pemenang keempat:          RM800.00 berserta sijil penghargaan Klik sini untuk melihat pemenang Hackathon 2016

SEMINAR PROGRAM PENILAIAN KESEDIAAN DATA TERBUKA (OPEN DATA READINESS ASSESSMENT - ODRA) KOLABORATIF  DENGAN WORLD BANK

01-Nov-2016
SEMINAR PROGRAM PENILAIAN KESEDIAAN DATA TERBUKA (OPEN DATA READINESS ASSESSMENT - ODRA) KOLABORATIF  DENGAN WORLD BANK  Slaid Pembentangan ODRA Sila klik di sini untuk mengakses slaid pembentangan bertajuk "Open Data for Malaysia".

48 JAM HACKATHON 2016

25-Oct-2016
MENYEMARAKKAN KUASA DATA TERBUKA UNTUK INOVASI MELALUI 48 JAM HACKATHON DATA TERBUKA SEKTOR AWAM 2016 Cyberjaya, 24 Oktober 2016 – Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bersama-sama rakan strategik iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), GITN Sdn. Berhad (GSB) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah mengadakan Program Hackathon Data Terbuka Sektor Awam 2016 bertemakan “Unleashing The Power of Open Data for Innovation”.  Program Hackathon ini adalah satu platform pertandingan pembangunan aplikasi yang akan berlangsung berterusan selama 48 jam. Ia bertujuan untuk menggalakkan pembangunan aplikasi atau produk berasaskan data terbuka di kalangan penjawat awam, industri, universiti awam dan pelajar sekolah menengah. Program Hackathon Data Terbuka Sektor Awam bertujuan untuk: Menyediakan ruang perkongsian ilmu ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan digital. Mempromosikan produk/inisiatif digital perkhidmatan awam. Menggalakkan penglibatan penjawat awam, akademia, usahawan, pelajar sekolah dan rakyat dalam membangunkan produk inovasi menggunakan Data Terbuka Sektor Awam. Persekitaran Data Terbuka membolehkan data sedia ada digunakan untuk menghasilkan analitis data yang lebih berkesan di samping menjadi wadah untuk mendapatkan maklum balas daripada orang awam secara interaktif dalam pelbagai media. YB Datuk Joseph Entulu berkata dalam ucapan perasmiannya “MAMPU merancang untuk melaksanakan program bina upaya data analitis yang berstruktur dan sistematik melalui pendekatan coaching untuk menghasilkan analitis data dengan menggunakan platform Data Raya Sektor Awam sedia ada di MAMPU”. Sehingga kini, sebanyak 1,336 set data terbuka telah tersedia dalam Portal Data Terbuka Sektor Awam dan beliau berharap sasaran sebanyak 1,500 set Data Terbuka dapat tercapai sebelum akhir tahun ini. Sehingga kini, Jabatan Perangkaan Malaysia dan Malaysian Centre for Geospatial Data Infrastructure (MaCGDI) serta Kementerian Sumber Asli merupakan agensi pembekal utama set Data Terbuka. Antara data yang boleh diperoleh ialah: bilangan kampung dan penduduk Orang Asli mengikut negeri; statistik tenaga buruh mengikut negeri; statistik ladang getah di Malaysia sejak 1965 sehingga 2014; dan bilangan isi rumah dan kediaman mengikut daerah dan negeri. Seramai 600 orang peserta yang terdiri daripada ketua-ketua setiausaha kementerian, ketua jabatan, ketua-ketua pegawai maklumat sektor awam, dan peneraju data terbuka sektor awam hadir memeriahkan majlis.

"PUBLIC OPEN DATA SEMINAR"

24-Aug-2016
 Tema: Open Data For Economic Growth And Innovation 24 Ogos 2016 - Public Open Data Seminar bertema Open Data For Economic Growth and Innovation di Auditorium, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Cyberjaya (MCMC). Seminar  ini bertujuan menyediakan ruang perkongsian ilmu ke arah meningkatkan kesedaran berkaitan pengukuhan pelaksanaan Data Terbuka serta memperkasakan penglibatan kementerian, agensi, akademia, entreprenuer dan komuniti. Pihak Open Data Institute (ODI) merupakan pembentang utama taklimat dalam seminar tersebut.  Pihak penganjur mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua peserta yang hadir terutama kepada peneraju data terbuka.

Forum "Public Open Data" - Agenda dan Slaid Pembentangan

15-Jun-2016
Slaid Pembentangan Forum Sila klik di sini untuk mengakses slaid pembentangan bertajuk "Open Data Forum 20160614 - The Implementation of Public Sector Open Data-Issues and Challenges". Sila klik di sini untuk mengakses slaid pembentangan bertajuk "Open Data Forum 20160614 - Open Data Best Practices"  

Taklimat Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) kepada Kementerian Pendidikan Tinggi

05-Feb-2016
MAMPU telah dijemput untuk memberi Taklimat Pelaksanaan DTSA di dalam Mesyuarat Bersama Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Kementerian Pendidikan Tinggi Bil. 1/2016.